Perumpamaan tentang Pokok Anggur 
15
1 TUHAN berfirman kepadaku, 
2 “Hai manusia fana, apakah perbezaan pokok anggur dengan pokok lain? Apakah gunanya carang pokok anggur jika dibandingkan dengan pokok-pokok di hutan? 
3 Bolehkah carang pokok anggur itu digunakan untuk membuat apa-apa? Bolehkah carangnya dijadikan pasak untuk menggantung barang? 
4 Carang tidak ada gunanya selain dijadikan kayu bakar. Apabila kedua-dua hujungnya habis terbakar dan bahagian tengahnya hangus, masihkah ada gunanya? 
5 Sebenarnya, sebelum dibakar carang pokok anggur tidak berguna sama sekali. Apalagi setelah dibakar, carang itu lebih lagi tidak berguna!” 
6 Inilah firman TUHAN Raja, “Sebagaimana carang pokok anggur diambil dari hutan dan dibakar, demikian juga Aku akan memperlakukan penduduk Yerusalem, 
7 dan menghukum mereka. Walaupun mereka telah terluput daripada api, mereka akan dibakar oleh api juga. Apabila Aku menghukum mereka kelak, barulah engkau tahu bahawa Akulah TUHAN. 
8 Mereka tidak setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan menjadikan negeri mereka padang gurun.” TUHAN Raja telah berfirman. 
