Hosea dan Wanita yang Tidak Setia
3
1 TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah lagil dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala.”m
2 Maka aku pun membayar lima belas keping wang perak dan 150 kilogram barli untuk mendapat dia.
3 Aku berkata kepadanya bahawa dia harus menunggu aku untuk waktu yang lama. Selama waktu itu, dia tidak boleh melacur ataupun berzina, dan pada masa itu aku pun tidak akan mendekati dia.
4 Begitu juga untuk masa yang lama umat Israel akan hidup tanpa raja atau pemimpin, tanpa korban-korban, atau tugu-tugu keramat, tanpa berhala-berhala atau patung-patung yang digunakan untuk meramalkan masa depan.
5 Tetapi masanya akan tiba apabila umat Israel akan kembali kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada seorang daripada keturunan Raja Daud, raja mereka. Lalu mereka akan takut dan hormat kepada TUHAN, serta menerima pemberian-pemberian-Nya yang baik.