Nyanyian Kesyukuran 
12
1 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, 
“TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu, 
kerana Engkau menghibur aku. 
Dahulu Engkau murka terhadap aku, 
tetapi kini sudah reda kemurkaan-Mu. 
2 Allah ialah Penyelamatku; 
aku percaya kepada-Nya dan aku tidak takut. 
TUHAN memberikan kuasa dan kekuatan kepadaku; 
Dialah Penyelamatku. + 
3 Sebagaimana air menggembirakan orang dahaga, 
demikianlah umat Allah bersukacita kerana diselamatkan oleh Allah.” 
4 Masanya akan tiba apabila kamu bernyanyi, 
“Bersyukurlah kepada TUHAN, dan sembahlah Dia! 
Khabarkanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa. 
Beritahulah mereka kebesaran-Nya. 
5 Bernyanyilah bagi TUHAN kerana perbuatan-Nya yang besar. 
Hendaklah seluruh bumi mendengar tentang perbuatan-Nya itu. 
6 Hendaklah setiap penduduk Sion bersorak dan bernyanyi. 
Allah yang suci, 
Allah Israel itu agung, 
Dia tinggal di tengah-tengah kamu.” 
+ 12:2  Kel 15.2; Mzm 118.14
