4
1 Pada masa itu kelak, tujuh orang wanita akan memegang seorang lelaki dan berkata, “Kami sanggup menanggung makanan dan minuman kami sendiri, tetapi benarkan kami berkata bahawa engkau suami kami, supaya kami tidak menanggung malu kerana tidak berkahwin.”
Yerusalem akan Dipulihkan
2 Masanya akan tiba apabila TUHAN membuat tiap-tiap tumbuhan dan pokok di negeri itu tumbuh dengan besar dan indah. Semua penduduk Israel yang selamat akan bersukacita dan bangga akan hasil bumi negeri itu.
3 Tiap-tiap orang yang tertinggal di Yerusalem, iaitu orang yang dipilih Allah supaya tetap hidup, akan disebut suci.
4 Dengan kuasa-Nya Tuhan akan menghakimi dan memurnikan bangsa itu. Dia akan menghapuskan kesalahan Yerusalem dan membersihkannya daripada darah yang telah ditumpahkan di situ.
5 Lalu di atas Bukit Sion dan di atas semua orang yang berkumpul di situ, TUHAN akan mendatangkan awan pada siang hari dan asap serta api yang bernyala-nyala pada waktu malam. Kemuliaan Allah akan menudungi dan melindungi seluruh kota itu. +
6 Kemuliaan-Nya akan menaungi kota itu daripada kepanasan siang hari, dan menjadikan kota itu tempat yang terlindung daripada hujan dan ribut.
+ 4:5 Kel 13.21, 24.16