Yeremia di dalam Perigi yang Kering
38
1 Sefaca anak Matan, Gedalya anak Pasyhur, Yukhal anak Selemya, dan Pasyhur anak Malkia mendengar bahawa aku memberitahu rakyat tentang
2 firman TUHAN, “Sesiapa tinggal di dalam kota ini akan mati dalam peperangan, atau kerana kelaparan, atau kerana wabak. Tetapi sesiapa keluar dan menyerah kepada orang Babilonia tidak akan dibunuh; sekurang-kurangnya dia akan hidup.”
3 Aku juga memberitahu mereka firman TUHAN bahawa Dia akan menyerahkan kota ini kepada tentera Babilonia, dan mereka akan merebut kota ini.
4 Lalu pegawai-pegawai itu menghadap raja dan berkata, “Orang ini mesti dihukum mati. Oleh sebab ucapannya itu, tentera kota ini akan lemah semangat, demikian juga setiap orang yang masih tinggal di kota ini. Dia tidak menolong rakyat; sebaliknya dia menyusahkan mereka.”
5 Raja Zedekia bertitah, “Baiklah, perlakukan dia sesuka hati kamu. Beta tidak dapat menghalang kamu.”
6 Oleh itu mereka membawa aku dan menurunkan aku dengan tali ke dalam perigi Putera Malkia. Perigi itu terletak di halaman istana. Perigi itu tidak berair, hanya berlumpur, lalu aku pun masuk ke dalam lumpur itu.
7 Tetapi orang Etiopiao
8 Ebed-Melekh pergi ke sana dan berkata kepada raja,
9 “Tuanku, perbuatan para pegawai itu salah. Mereka memasukkan Yeremia ke dalam perigi dan tentu dia akan mati kelaparan di sana kerana makanan sudah habis di kota ini.”
10 Selepas itu raja memerintah Ebed-Melekh supaya membawa bersama-samanya tigap orang untuk menarik aku keluar dari perigi itu sebelum aku mati.
11 Ebed-Melekh pergi bersama-sama ketiga-tiga orang itu ke stor istana dan mengambil kain-kain lama, lalu menurunkannya dengan tali kepadaku.
12 Dia menyuruh aku meletakkan kain-kain itu di bawah ketiakku, supaya aku tidak kesakitan apabila aku ditarik ke atas dengan tali itu. Aku pun melakukannya,
13 lalu mereka menarik aku keluar dari perigi itu. Sejak itu aku ditahan di halaman istana.
Raja Zedekia Minta Nasihat daripada Yeremia
14 Pada suatu masa yang lain, Raja Zedekia memerintah aku menghadap baginda di pintu ketiga di Rumah TUHAN. Raja bertitah, “Beta hendak menanyakan satu soalan, dan engkau mesti berterus terang. Jangan sembunyikan apa-apa daripada beta.”
15 Aku menjawab, “Jika hamba berterus terang, tuanku akan menjatuhkan hukuman mati kepada hamba; dan jika hamba memberikan nasihat, tuanku tidak akan mempedulikannya.”
16 Oleh itu Raja Zedekia dengan diam-diam berjanji kepadaku, “Beta bersumpah demi TUHAN yang hidup, yang memberi kita nyawa, bahawa beta tidak akan menjatuhkan hukuman mati kepadamu atau menyerahkan engkau kepada orang yang hendak membunuh engkau.”
17 Lalu aku memberitahu Raja Zedekia bahawa TUHAN Yang Maha Kuasa, Allah Israel, berfirman demikian, “Jika engkau menyerah kepada pegawai-pegawai raja Babilonia, nyawamu akan selamat, dan kota ini tidak akan dibakar. Engkau dan keluargamu akan selamat.
18 Tetapi jika engkau tidak menyerah, kota ini akan diserahkan kepada orang Babilonia. Mereka akan membakarnya, dan engkau tidak akan lepas daripada mereka.”
19 Tetapi raja menjawab, “Beta takut kepada rakyat beta yang telah memihak kepada orang Babilonia. Mungkin beta akan diserahkan kepada mereka lalu diseksa.”
20 Aku berkata kepada raja, “Tuanku tidak akan diserahkan kepada musuh. Hamba mohon, taatlah kepada firman TUHAN supaya semuanya akan selamat dan nyawa tuanku pun akan terpelihara.
21 Tetapi TUHAN telah memperlihatkan kepada hamba apa yang akan berlaku terhadap tuanku jika tuanku tidak mahu menyerah.
22 Dalam penglihatan itu hamba nampak semua kaum wanita yang masih tinggal di istana Yehuda dibawa menghadap pegawai-pegawai raja Babilonia. Sambil berjalan kaum wanita itu berkata,
‘Raja telah diperdaya oleh sahabat-sahabat karibnya,
mereka telah menguasai baginda.
Kini apabila kaki raja sudah masuk ke dalam lumpur,
sahabat-sahabatnya meninggalkan baginda.’”
23 Aku berkata lagi, “Semua isteri serta anak tuanku akan dibawa kepada orang Babilonia, dan tuanku sendiri pun tidak akan lepas daripada mereka. Tuanku akan ditawan oleh raja Babilonia, dan kota ini akan dibakar sampai musnah.”
24 Raja Zedekia bertitah, “Jangan benarkan sesiapa pun mengetahui percakapan kita ini, supaya nyawamu tidak terancam.
25 Jika para pegawai mendengar bahawa beta telah bercakap dengan engkau, mereka akan bertanya tentang percakapan kita. Mereka akan berjanji bahawa mereka tidak akan membunuh engkau jika engkau menceritakan segala-galanya.
26 Beritahu mereka bahawa engkau memohon supaya beta tidak memasukkan engkau semula ke penjara dan tidak membiarkan engkau mati di sana.”
27 Selepas itu para pegawai datang bertanya kepadaku. Aku memberitahu mereka tepat seperti yang diperintahkan raja. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa, kerana tiada sesiapa pun mendengar percakapan kami.
28 Aku ditahan di halaman istana itu sehingga Yerusalem jatuh ke tangan musuh.
o 38:7 Etiopia: Pada masa itu negeri Etiopia terletak di perbatasan Mesir; Naskhah Ibrani: Kus.* yang bernama Ebed-Melekh, iaitu sida-sida yang bekerja di istana, mendengar bahawa aku telah dimasukkan ke dalam perigi oleh pegawai-pegawai itu. Pada masa itu raja sedang memimpin mesyuarat di Pintu Gerbang Benyamin.
p 38:10 tiga: Naskhah Ibrani: tiga puluh.