Raja-Raja yang Dikalahkan oleh Musa
12
1 Umat Israel telah merebut dan menduduki wilayah di sebelah timur Sungai Yordan, dari Lembah Arnon sampai ke Lembah Yordan dan sejauh Gunung Hermon di utara. Mereka mengalahkan dua orang raja.
2 Raja yang seorang ialah Raja Sihon, raja orang Amori yang memerintah di Hesybon. Kerajaannya meliputi separuh daripada daerah Gilead: dari Aroer (di tepi lembah Arnon) dan kota dik tengah-tengah lembah itu sampai ke Sungai Yabok, iaitu sempadan Amon;
3 termasuk juga Lembah Yordan, dari Tasik Galilea ke arah selatan sampai ke Bet-Yesimot (di sebelah timur Laut Mati) dan terus ke kaki Gunung Pisga.
4 Mereka juga mengalahkan Raja Og dari Basan, salah seorang keturunan Refaiml yang terakhir; raja itu memerintah di Asytarot dan Edrei.
5 Kerajaannya meliputi Gunung Hermon, Salkha, dan seluruh Basan, sampai ke sempadan Gesur dan Maakha, dan juga separuh daripada Gilead, sampai ke wilayah kerajaan Raja Sihon dari Hesybon. +
6 Raja-raja itu dikalahkan oleh Musa dan umat Israel. Musa, hamba TUHAN, telah memberikan wilayah raja-raja itu kepada suku Ruben, Gad, dan setengah daripada suku Manasye sebagai milik mereka sendiri. +
Raja-Raja yang Dikalahkan oleh Yosua
7 Yosua dan umat Israel mengalahkan semua raja di wilayah sebelah barat Sungai Yordan, dari Baal-Gad di lembah negeri Lebanon sampai ke Gunung Halakm di selatan, dekat Edom. Yosua membahagikan tanah itu kepada suku-suku Israel, lalu memberikannya kepada mereka sebagai tanah milik mereka.
8 Bahagian tanah itu meliputi kawasan perbukitan, kaki-kaki bukit di sebelah barat, Lembah Yordan dengan kaki-kaki bukit di situ, lereng-lereng bukit di sebelah timur, dan tanah gersang di sebelah selatan. Kawasan itu tempat tinggal orang Het, Amori, Kanaan, Feris, Hewi, dan Yebusi dahulu.
9 Umat Israel mengalahkan raja-raja dari kota-kota berikut: Yerikho, Ai (dekat Betel),
10 Yerusalem, Hebron,
11 Yarmut, Lakhis,
12 Eglon, Gezer,
13 Debir, Geder,
14 Horma, Arad,
15 Libna, Adulam,
16 Makeda, Betel,
17 Tapuah, Hefer,
18 Afek, Lasaron,
19 Madon, Hazor,
20 Simron-Meron, Akhsaf,
21 Taanakh, Megido,
22 Kedes, Yokneam (di Karmel),
23 Dor (di tepi pantai), Goyim (di Galilea)n
24 dan Tirza - kesemuanya 31 orang raja.
k 12:2 kota di; (lihat 13.16; Ul 2.36); Naskhah Ibrani tidak ada perkataan ini.
l 12:4 Refaim; Bangsa Refaim ialah bangsa yang berbadan raksasa.
+ 12:5 Bil 21.21-35; Ul 2.26—3.11
+ 12:6 Bil 32.33; Ul 3.12
m 12:7 Gunung Halak; atau Gunung Gondol.
n 12:23 Sebuah naskhah terjemahan kuno: Galilea; Naskhah Ibrani: Gilgal.