Wilayah untuk Suku Simeon
19
1 Pembahagian kedua ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Simeon. Sempadan tanah mereka masuk ke dalam wilayah suku Yehuda.
2 Wilayah itu meliputi kota Bersyeba, Syeba, Molada,
3 Hazar-Sual, Bala, Ezem,
4 Eltolad, Betul, Horma,
5 Ziklag, Bet-Hamarkabot, Hazar-Susa,
6 Bet-Lebaot, dan Saruhen; semuanya tiga belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
7 Selain itu termasuk juga kota Ain, Rimon, Eter, dan Asan; semuanya empat buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
8 Wilayah mereka meliputi semua pekan di sekitar kota-kota itu, sampai ke Baalat-Beer (atau Rama) di sebelah selatan. Itulah tanah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Simeon. +
9 Oleh sebab wilayah Yehuda terlalu besar bagi mereka, sebahagian wilayah itu diberikan kepada suku Simeon.
Wilayah untuk Suku Zebulon
10 Pembahagian ketiga ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Zebulon. Tanah yang diterima oleh mereka terbentang luas sampai ke kota Sarid.
11 Dari situ sempadannya menghala ke sebelah barat menuju ke Marala, lalu menyentuh sempadan kota Dabeset dan anak sungai di sebelah timur Yokneam.
12 Di sebelah lain kota Sarid, sempadan itu menghala ke timur ke sempadan Kislot-Tabor, lalu ke Dobrat dan naik ke Yafia.
13 Dari situ sempadan itu menuju ke sebelah timur sampai ke Gat-Hefer dan Et-Kazin, lalu membelok ke arah Nea menuju ke Rimon.
14 Di sebelah utara, sempadannya menuju ke Hanaton dan berakhir di Lembah Yiftah-El.
15 Tanah mereka meliputi kota Katat, Nahalal, Simron, Yidala, dan Betlehem; semuanya dua belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
16 Kota-kota dan pekan-pekan itu terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Zebulon.
Wilayah untuk Suku Isakhar
17 Pembahagian keempat ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Isakhar.
18 Wilayah mereka meliputi kota Yizreel, Kesulot, Sunem,
19 Hafaraim, Sion, Anaharat,
20 Rabit, Kisyon, Ebes,
21 Remet, En-Ganim, En-Hada, dan Bet-Pazes.
22 Sempadan itu juga menyentuh sempadan kota Tabor, Sahazima, Bet-Semes dan berakhir di Sungai Yordan; semuanya enam belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
23 Semua kota dan pekan-pekan itu terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Isakhar.
Wilayah untuk Suku Asyer
24 Pembahagian kelima ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Asyer.
25 Kawasan mereka meliputi kota Helkat, Hali, Beten, Akhsaf,
26 Alamelekh, Amad, dan Misal. Di sebelah barat, sempadannya menyentuh sempadan Gunung Karmel dan Sungai Libnat.
27 Dari situ sempadan itu membelok ke timur, menuju ke Bet-Dagon dan menyentuh sempadan Zebulon dan Lembah Yiftah-El menuju ke Bet-Emek dan Nehiel di utara. Lalu sempadan itu menghala ke utara menuju ke Kabul,
28 Ebron, Rehob, Hamon, dan Kana, sampai ke Sidon.
29 Dari situ sempadan itu membelok ke Rama, sampai ke kota Tirus yang berkubu; lalu membelok ke Hosa dan berakhir di Laut Tengah. Wilayah itu meliputi kota Mahalab, Akhzib,
30 Uma, Afek, dan Rehob; semuanya dua puluh dua buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
31 Kota-kota dan pekan-pekan itu terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Asyer.
Wilayah untuk Suku Naftali
32 Pembahagian keenam ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Naftali.
33 Sempadan wilayah mereka bermula dari Helef lalu menuju ke pokok oak di Zaananim, terus ke Adami-Nekeb dan ke Yabneel, sampai ke Lakum, lalu berakhir di Sungai Yordan.
34 Dari situ sempadan itu membelok ke arah barat menuju ke Aznot-Tabor, lalu ke Hukok dan menyentuh sempadan Zebulon di sebelah selatan, sempadan Asyer di sebelah barat dan Sungai Yordant di sebelah timur.
35 Kota-kota yang berkubu adalah Zidim, Zer, Hamat, Rakat, Kineret,
36 Adama, Rama, Hazor,
37 Kedes, Edrei, En-Hazor,
38 Yiron, Migdal-El, Horem, Bet-Anat, dan Bet-Semes; semuanya sembilan belas buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
39 Semua kota dan pekan-pekan itu terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Naftali.
Wilayah untuk Suku Dan
40 Pembahagian ketujuh ialah tanah untuk keluarga-keluarga dalam suku Dan.
41 Wilayah mereka meliputi kota Zora, Esytaol, Ir-Semes,
42 Saalabin, Ayalon, Yitla,
43 Elon, Timna, Ekron,
44 Elteke, Gibeton, Baalat,
45 Yehud, Beneberak, Gat-Rimon.
46 Me-Yarkon serta Rakon, dan juga kawasan di sekitar Yope.
47 Apabila suku Dan kehilangan tanah, mereka pergi ke Lesem dan menyerang kota itu. Mereka merebut kota itu, membunuh penduduknya, lalu menaklukinya. Mereka tinggal di situ dan menukar nama kota itu daripada Lesem menjadi Dan, menurut nama nenek moyang mereka. +
48 Semua kota itu dan pekan-pekannya terletak di dalam wilayah yang diterima sebagai milik oleh keluarga-keluarga dalam suku Dan.
Pembahagian Tanah yang Terakhir
49 Apabila umat Israel selesai membahagi-bahagikan tanah itu, mereka memberi Yosua anak Nun sebahagian tanah itu sebagai miliknya sendiri.
50 Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN, mereka memberi Yosua kota yang dimintanya, iaitu Timnat-Serah di kawasan perbukitan Efraim. Yosua membina semula kota itu lalu menetap di sana.
51 Demikianlah Imam Eleazar, Yosua anak Nun, dan para pemimpin daripada keluarga suku-suku Israel membahagi-bahagikan tanah itu dengan membuang undiu di Silo, di pintu Khemah TUHAN untuk mengetahui kehendak TUHAN bagi mereka. Dengan demikian mereka menyelesaikan pembahagian tanah itu.