112
Kebahagiaan Orang Baik 
1 Pujilah TUHAN! 
Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN, 
yang suka mentaati perintah-Nya. 
2 Anak-anak orang yang baik akan berkuasa di negeri ini; 
keturunannya akan diberkati. 
3 Keluarganya akan menjadi kaya-raya, 
dan dia akan makmur selama-lamanya. 
4 Dia seperti cahaya yang bersinar dalam kegelapan bagi orang jujur; 
dia berbelas kasihan, penyayang, dan adil. 
5 Berbahagialah orang yang murah hati dan suka memberi pinjaman, 
serta jujur dalam segala urusan. 
6 Orang yang baik tidak sekali-kali akan gagal; 
dia akan diingat selama-lamanya. 
7 Dia tidak takut menerima berita buruk; 
hatinya teguh kerana percaya kepada TUHAN. 
8 Dia tidak khuatir ataupun takut 
kerana dia yakin musuhnya akan dikalahkan. 
9 Dia memberikan sedekah kepada orang miskin, 
dia selalu murah hati, 
dia akan berkuasa dan dihormati orang. + 
10 Orang jahat melihat hal ini lalu naik marah; 
mereka memandang aku dengan kebencian. 
Lalu mereka binasa; 
harapan mereka lenyap selama-lamanya. 
+ 112:9  2 Kor 9.9
