130
Doa Minta Tolong 
1 Lagu ziarah. 
Dari jurang kesusahan, 
aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN. 
2 Ya TUHAN, dengarlah rintihanku, 
dengarlah seruanku minta tolong. 
3 Jika Engkau terus mengingat dosa-dosa kami, 
siapakah yang dapat terlepas daripada hukuman? 
4 Tetapi Engkau mengampuni kami, 
supaya kami hormat dan taat kepada-Mu. 
5 Aku menanti-nantikan pertolongan TUHAN, 
dan berharap kepada firman-Nya. 
6 Aku menantikan Tuhan, 
lebih daripada penjaga malam menantikan subuh, 
lebih daripada penjaga malam menantikan fajar. 
7 Hai Israel, berharaplah kepada TUHAN, 
kerana Dia tetap mengasihi 
dan sentiasa bersedia menyelamatkan kamu. 
8 Dia akan menyelamatkan umat-Nya Israel 
daripada segala dosa mereka. + 
+ 130:8  Mat 1.21; Tit 2.14
