136
Lagu Kesyukuran 
1 Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
2 Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; 
kasih-Nya kekal abadi. 
3 Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; 
kasih-Nya kekal abadi. 
4 Hanya Dia yang melakukan keajaiban besar; 
kasih-Nya kekal abadi. 
5 Dengan kebijaksanaan-Nya Dia menjadikan langit; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
6 Dia menghamparkan bumi di atas air; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
7 Dia menjadikan matahari dan bulan; 
kasih-Nya kekal abadi. 
8 Dia menjadikan matahari untuk memerintah siang; 
kasih-Nya kekal abadi. 
9 Dia menjadikan bulan dan bintang untuk memerintah malam; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
10 Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
11 Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
12 Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; 
kasih-Nya kekal abadi. 
13 Dia membelah Laut Gelagah;v 
kasih-Nya kekal abadi. 
14 Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu; 
kasih-Nya kekal abadi; 
15 tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
16 Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; 
kasih-Nya kekal abadi. 
17 Dia membunuh raja-raja yang berkuasa; 
kasih-Nya kekal abadi. 
18 Dia membunuh raja-raja yang termasyhur; 
kasih-Nya kekal abadi. 
19 Dia membunuh Sihon, raja orang Amori; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
20 Dia membunuh Og, raja negeri Basan; 
kasih-Nya kekal abadi. + 
21 Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya; 
kasih-Nya kekal abadi. 
22 Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya; 
kasih-Nya kekal abadi. 
23 Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; 
kasih-Nya kekal abadi. 
24 Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita; 
kasih-Nya kekal abadi. 
25 Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup; 
kasih-Nya kekal abadi. 
26 Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; 
kasih-Nya kekal abadi. 
