138
Doa Kesyukuran 
1 Mazmur Daud. 
Ya TUHAN, aku bersyukur kepada-Mu 
dengan sepenuh hatiku; 
aku menyanyikan pujian untuk-Mu 
di hadapan makhluk-makhluk syurga. 
2 Aku menghadap Rumah-Mu yang suci, 
aku sujud dan memuji nama-Mu 
kerana Engkau setia dan kasih-Mu kekal, 
kerana Engkau telah menunjukkan 
bahawa nama-Mu dan firman-Mu agung.w 
3 Engkau menjawab apabila aku berseru kepada-Mu; 
Engkau menguatkan aku sehingga aku berani. 
4 Semua raja di dunia akan memuji Engkau, ya TUHAN, 
kerana mereka telah mendengar janji-janji-Mu. 
5 Mereka akan menyanyi tentang perbuatan-Mu, 
dan tentang kemuliaan-Mu yang besar. 
6 Walaupun Engkau begitu agung, 
Engkau memperhatikan orang yang hina, 
dan orang sombong tidak dapat bersembunyi daripada-Mu. 
7 Ketika aku ditimpa kesusahan, 
Engkau memelihara aku; 
Engkau menentang musuhku yang ganas, 
dan menyelamatkan aku dengan kuasa-Mu. 
8 Engkau akan memenuhi segala janji-Mu kepadaku; 
ya TUHAN, kasih-Mu kekal abadi. 
Jangan tinggalkan umat yang telah Engkau jadikan. 
w 138:2  Dapat bermakna: nama-Mu dan firman-Mu agung; Menurut naskhah Ibrani: firman-Mu lebih besar daripada nama-Mu.
