16
Doa Keyakinan 
1 Mazmur Daud. 
Jagalah aku, ya Allah, 
kerana aku berlindung kepada-Mu. 
2 Aku berkata kepada TUHAN, “Engkaulah Tuhanku; 
tiada yang baik bagiku selain Engkau.” 
3 Betapa baiknya umat yang setia kepada Allah! 
Aku sangat ingin bersama-sama mereka. 
4 Mereka yang menyembah dewa-dewa 
bertambah-tambah kesusahan mereka. 
Aku tidak mahu turut serta mempersembahkan korban; 
aku tidak mahu menyembah dewa mereka. 
5 Ya TUHAN, hanya Engkau yang aku miliki, 
Engkau memberi aku segala keperluanku; 
nyawaku ada di dalam tangan-Mu. 
6 Sungguh indah pemberian-Mu kepadaku; 
betapa baiknya semua itu! 
7 Aku memuji TUHAN kerana Engkau membimbing aku, 
pada waktu malam suara hatiku mengajar aku. 
8 Aku sentiasa sedar akan hadirat TUHAN; 
Engkau ada di sampingku, tiada suatu pun dapat menggoncang aku. 
9 Demikianlah hatiku bersyukur dan gembira, 
dan aku selamat, 
10 kerana Engkau tidak akan membiarkan aku mati; 
orang yang Engkau kasihi tidak Kaubiarkan binasa. + 
11 Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku; 
hadirat-Mu menggembirakan aku, 
dan sentiasa membahagiakan aku. + 
