43
Doa Semasa di Tempat Pembuangan 
(lanjutan Mzm 42) 
1 Ya Allah, buktikanlah bahawa aku tidak bersalah, 
dan belalah aku terhadap bangsa yang durjana; 
jauhkanlah aku daripada penjahat dan pendusta. 
2 Engkaulah pelindungku; 
mengapakah Engkau meninggalkan aku? 
Mengapakah aku harus terus-menerus menanggung derita 
akibat kekejaman musuhku? 
3 Berikanlah cahaya-Mu dan firman-Mu yang benar 
untuk menyinari dan membimbing aku, 
agar aku kembali ke Sion, bukit-Mu yang suci,b 
dan ke tempat kediaman-Mu. 
4 Maka aku akan pergi ke mazbah-Mu, ya Allah, 
kerana Engkaulah sumber kebahagiaanku; 
aku akan menyanyi serta memainkan kecapi, 
untuk memuji Engkau, ya Allah, Allahku! 
5 Mengapakah aku sedih? 
Mengapakah aku gelisah? 
Aku akan berharap kepada Allah, 
dan sekali lagi aku akan memuji Dia, 
Allahku dan penyelamatku. 
b 43:3  bukit yang suci:  Lihat 2.6.
