54
Doa Minta Perlindungan 
1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Sajak Daud, 
2 pada masa orang Zif pergi kepada Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud bersembunyi di kawasan mereka. + 
3 Selamatkanlah aku dengan kuasa-Mu, ya Allah; 
bebaskanlah aku dengan kekuatan-Mu. 
4 Dengarlah doaku, ya Allah; 
endahkanlah kata-kataku. 
5 Orang sombong datang menyerang aku, 
orang zalim ingin membunuh aku, 
mereka tidak menghiraukan Allah. 
6 Tetapi Allah ialah penolongku, 
Tuhan ialah pembelaku. 
7 Biar Allah menghukum musuhku dengan kejahatan mereka. 
Ya Allah, binasakanlah mereka kerana Engkau setia kepadaku. 
8 Ya TUHAN, aku rela mempersembahkan korban kepada-Mu; 
aku mengucap syukur kepada Engkau kerana kebaikan-Mu. 
9 Engkau telah menyelamatkan aku daripada segala kesusahan, 
dan aku telah melihat musuhku dikalahkan. 
+ 54:2  1 Sam 23.19, 26.1
