99
Allah, Raja yang Agung 
1 TUHAN itu raja, 
orang gementar kerana Dia; 
Dia bertakhta di atas kerub,r 
dan bumi pun bergoncang. + 
2 TUHAN sangat berkuasa di Sion; 
Dia penguasa tertinggi atas semua bangsa. 
3 Setiap orang akan memuji 
nama-Nya yang agung dan mulia. 
Sucilah Dia! 
4 Hai Raja yang perkasa,s 
Engkau mencintai hukum; 
Engkau telah menegakkan keadilan di Israel, 
Engkau telah melaksanakan hukum dan keadilan. 
5 Pujilah TUHAN, Allah kita; 
sujudlah di hadapan takhta-Nya! 
Sucilah Dia! 
6 Musa dan Harun termasuk imam-imam-Nya, 
dan Samuel salah seorang yang berdoa kepada Dia; 
mereka berseru kepada TUHAN dan Dia menjawab mereka. 
7 Dari tiang awan, Dia berfirman kepada mereka; 
mereka patuh kepada hukum dan perintah yang diberikan-Nya. + 
8 Ya TUHAN, Allah kami, 
Engkau mengabulkan permintaan umat-Mu; 
Engkau menunjukkan bahawa Engkau Allah yang suka mengampuni orang, 
walaupun Engkau menghukum mereka kerana dosa mereka. 
9 Pujilah TUHAN, Allah kita 
dan sembahlah Dia di atas bukit-Nya yang suci!t 
TUHAN, Allah kita suci. 
