1 TAWARIKH
Kata Pengantar
Sebahagian besar kitab 1 dan 2 Tawarikh mengandungi peristiwa-peristiwa yang telah diceritakan dalam kitab Samuel dan kitab Raja-Raja. Tetapi dalam kitab Tawarikh peristiwa-peristiwa itu diceritakan dari segi pandangan lain. Dalam kitab Tawarikh, sejarah kerajaan Israel ditulis dengan dua maksud utama:
1. Untuk menunjukkan bahawa Allah masih memegang janji-Nya kepada bangsa itu, meskipun kerajaan Israel dan Yehuda ditimpa malapetaka; Allah juga tetap melaksanakan rancangan-Nya untuk umat-Nya melalui orang yang tinggal di Yehuda. Penulis yakin tentang hal itu kerana dia melihat kepada pencapaian besar Raja Daud dan Raja Salomo, serta pembaharuan yang diusahakan oleh Raja Yosafat, Raja Hizkia, dan Raja Yosia, dan juga kerana masih ada orang yang tetap setia kepada Allah.
2. Untuk menghuraikan asal mula upacara ibadat di Rumah TUHAN di Yerusalem, terutama tentang susunan pekerjaan imam dan orang Lewi yang bertugas dalam upacara-upacara ibadat. Raja Daud dipaparkan sebagai pendiri sebenar Rumah TUHAN dan upacara ibadat di situ, walaupun pembinanya ialah Raja Salomo.
Kandungan
Salasilah dan Senarai Nama 1.1—9.44
Kemangkatan Raja Saul 10.1-14
Pemerintahan Raja Daud 11.1—29.30
a. Kesukaran dan Pencapaian Raja Daud 11.1—22.1
b. Persediaan untuk Membina Rumah TUHAN 22.2—29.30
Salasilah daripada Adam hingga Abraham
(Kej 5.1-32, 10.1-32, 11.10-26)
1
1 Adam bapa Set, Set bapa Enos, Enos bapa Kenan,
2 Kenan bapa Mahalaleel, Mahalaleel bapa Yared.
3 Yared bapa Henokh, Henokh bapa Metusalah; Metusalah bapa Lamekh,
4 Lamekh bapa Nuh. Nuh mempunyai tiga orang anak lelaki: Sem, Ham, dan Yafet.
5 Anak lelaki Yafet ialah Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.
6 Keturunan Gomer ialah orang Askenas, Rifat, dan Togarma.
7 Keturunan Yawan ialah orang Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.
8 Anak lelaki Ham ialah Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.
9 Keturunan Kus ialah orang Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah orang Syeba dan Dedan. (
10 Kus mempunyai seorang anak lelaki bernama Nimrod, yang menjadi penakluk agung yang pertama di dunia.)
11 Keturunan Mesir ialah orang Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
12 Patrusim, Kasluhim, dan Kreta. Mereka ialah nenek moyang orang Filistin.
13 Anak lelaki Kanaan ialah Sidon, yang sulung, dan Het. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.
14 Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,
15 Hewi, Arki, Sini,
16 Arwadi, Semari, dan Hamati.
17 Anak lelaki Sem ialah Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, Aram, Us, Hul, Geter, dan Mesekh. Mereka ialah nenek moyang bangsa-bangsa yang disebut dengan nama mereka.
18 Arpakhsad ialah bapa Selah, dan Selah bapa Eber.
19 Eber mempunyai dua orang anak lelaki; anak yang pertama bernama Pelega kerana pada zamannya bangsa-bangsa di dunia terbahagi-bahagi, dan anak yang kedua bernama Yoktan.
20 Keturunan Yoktan ialah orang Almodad, Selef, Hazar-Mawet, Yerah,
21 Hadoram, Uzal, Dikla,
22 Ebal, Abimael, Syeba,
23 Ofir, Hawila, dan Yobab.
24 Salasilah daripada Sem hingga Abraham adalah seperti berikut: Sem, Arpakhsad, Selah,
25 Eber, Peleg, Rehu,
26 Serug, Nahor, Terah,
27 dan Abram (dikenal juga sebagai Abraham).
Keturunan Ismael
(Kej 25.12-16)
28 Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, Ishak dan Ismael.
29 Anak-anak lelaki Ismael menjadi ketua dua belas suku: Nebayot yang sulung, lalu Kedar, Adbeel, Mibsam,
30 Misma, Duma, Masa, Hadad, Tema,
31 Yetur, Nafis, dan Kedma.
Keturunan Abraham dan Ketura
(Kej 25.1-4)
32 Abraham mempunyai seorang gundik bernama Ketura. Gundiknya itu melahirkan enam orang anak lelaki: Zimran, Yoksan, Medan, Midian, Isybak, dan Suah. Yoksan mempunyai dua orang anak lelaki, Syeba dan Dedan.
33 Midian mempunyai lima orang anak lelaki: Efa, Efer, Hanokh, Abida, dan Eldaa.
Keturunan Esau
(Kej 36.1-19)
34 Ishak anak Abraham mempunyai dua orang anak lelaki, iaitu Esau dan Yakub (yang juga dikenal sebagai Israel).
35 Anak lelaki Esau ialah Elifas, Rehuel, Yeus, Yaelam, dan Korah.
36 Elifas ialah nenek moyang suku-suku berikut: Teman, Omar, Zefi, Gaetam, Kenas, Timna, dan Amalek.
37 Rehuel ialah nenek moyang suku-suku berikut: Nahat, Zerah, Syama, dan Miza.
Penduduk Asli Tanah Edom
(Kej 36.20-30)
38-42 Penduduk asli tanah Edom ialah keturunan anak-anak lelaki Seir: Lotan, Syobal, Zibeon, Ana, Disyon, Ezer, dan Disyan.
Lotan ialah nenek moyang puak Hori dan Homam. Lotan mempunyai seorang saudara perempuan bernama Timna.
Syobal ialah nenek moyang puak Alyan, Manahat, Ebal, Syefi, dan Onam.
Zibeon mempunyai dua orang anak lelaki, Aya dan Ana. Ana ialah bapa Disyon, dan Disyon ialah nenek moyang puak Hamran, Esyban, Yitran, dan Keran.
Ezer ialah nenek moyang puak Bilhan, Zaawan, dan Yaakan.
Disyan ialah nenek moyang puak Us dan Aran.
Raja-Raja Edom
(Kej 36.31-43)
43-50 Sebelum ada raja yang memerintah di Israel, tanah Edom diperintah berturut-turut oleh raja-raja berikut:
Raja Bela anak Beor dari Dinhaba
Raja Yohab anak Zerah dari Bozra
Raja Husyam dari daerah Teman
Raja Hadad anak Bedad dari Awit
(dialah yang mengalahkan
orang Midian
dalam peperangan di tanah Moab)
Raja Samla dari Masyreka
Raja Saul dari Rehobot di pinggir
sungai
Raja Baal-Hanan anak Akhbor
Raja Hadad dari Pahi (isterinya
bernama Mehetabeel,
anak Matred dan cucu Mezahab).
51 Orang Edom terdiri daripada suku Timna, Alya, Yetet,
52 Oholibama, Ela, Pinon,
53 Kenas, Teman, Mibzar,
54 Magdiel, dan Iram.
a 1:19 Peleg: Nama ini bunyinya seperti kata Ibrani yang bererti “terbahagi-bahagi”.