Malaikat dan Gulungan Naskhah Kecil
10
Kemudian aku melihat satu lagi malaikat perkasa turun dari syurga. Dia diselubungi awan dan kepalanya dikelilingi pelangi. Mukanya bersinar seperti matahari, dan kakinya seperti tiang api. Tangannya memegang sebuah gulungan naskhah kecil yang terbuka. Dia meletakkan kaki kanannya di laut, dan kaki kirinya di darat. Lalu dia berseru dengan suara yang kuat seperti raungan kawanan singa. Setelah dia berseru, tujuh guruh menjawab dengan suara gemuruh. Sebaik sahaja tujuh guruh itu berkata-kata, aku hendak menulis apa yang dikatakan. Tetapi aku mendengar suara dari syurga berkata, “Rahsiakanlah apa yang dikatakan oleh tujuh guruh itu; jangan tulis hal itu!”
Kemudian malaikat yang aku lihat berdiri di laut dan di darat mengangkat tangan kanannya ke langit. Dia bersumpah demi Allah yang hidup selama-lamanya, yang menciptakan langit, bumi, dan laut, serta segala sesuatu di dalam semuanya itu. Malaikat itu berkata, “Masanya tidak akan ditunda lagi! Tetapi apabila malaikat ketujuh meniup trompetnya, Allah akan menyelesaikan rancangan-Nya yang dirahsiakan itu, seperti yang telah diberitakan kepada hamba-hamba-Nya, para nabi.” +
Kemudian suara yang aku dengar dari syurga itu, berkata kepadaku lagi, “Pergilah ambil gulungan naskhah terbuka itu, yang dipegang oleh malaikat yang berdiri di laut dan di darat.”
Aku pergi kepada malaikat itu dan meminta dia memberikan gulungan naskhah kecil itu kepadaku. Dia berkata, “Ambillah dan makanlah ini. Gulungan naskhah ini akan menjadi masam di dalam perutmu, tetapi manis seperti madu di mulutmu.”
10 Aku mengambil gulungan naskhah kecil itu dari tangannya lalu memakannya. Di mulutku gulungan naskhah itu rasanya manis seperti madu, tetapi setelah aku menelannya, gulungan itu menjadi masam di dalam perut. + 11 Lalu aku diberitahu, “Sekali lagi engkau mesti mengisytiharkan perkhabaran Allah tentang pelbagai negara, bangsa, bahasa, dan raja.”
+ 10:7 Kel 20.11; Ul 32.40; Dan 12.7; Am 3.7 + 10:10 Yeh 2.8—3.3