Akhir Zaman
12
1 Malaikat yang memakai pakaian linen itu berkata, “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan. +
2 Banyak orang yang sudah mati akan hidup semula: ada yang akan menikmati kehidupan kekal, ada pula yang akan menderita hinaan kekal. +
3 Pemimpin-pemimpin yang bijaksana akan bersinar seperti langit yang cerah, dan mereka yang mengajar orang berbuat baik dan adil akan bersinar seperti bintang selama-lamanya.”
4 Malaikat itu berkata kepadaku, “Sekarang, hai Daniel, tutuplah dan meteraikanlah kitab itu, sehingga akhir zaman. Sementara itu banyak orang akan cuba memahami hal yang sedang berlaku, tetapi usaha mereka sia-sia saja.” +
5 Selepas itu aku nampak dua orang lelaki, yang satu berdiri di tebing sungai di sebelah sini, dan yang satu lagi di sebelah sana.
6 Orang yang satu bertanya kepada malaikat yang berdiri di hulu sungai, “Berapa lamakah kejadian-kejadian yang ajaib itu berlangsung sebelum semuanya berakhir?”
7 Malaikat itu mengangkat kedua-dua tangannya ke arah langit, lalu bersumpah demi nama Allah yang kekal. Aku mendengar dia berkata, “Tiga tahun setengah! Setelah penganiayaan terhadap umat Allah berakhir, maka kejadian-kejadian yang ajaib itu pun akan berakhir.” +
8 Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”
9 Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.
10 Banyak orang akan diuji dan dimurnikan. Orang jahat tidak akan mengerti; mereka akan meneruskan kejahatan mereka. Hanya orang bijaksana akan mengerti. +
11 Sejak masa korban harian dihentikan, iaitu sejak ‘Bencana Yang Dahsyat’i itu, 1,290 hari akan berlalu. +
12 Berbahagialah orang yang tetap setia sehingga 1,335 hari itu telah berlalu.
13 Engkau Daniel, harus setia sampai akhir. Engkau akan meninggal, tetapi engkau akan bangkit untuk menerima ganjaranmu pada akhir zaman.”