41
Dapatkah engkau mengikat lidahnya dengan tali?
2 Dapatkah engkau memasang tali pada muncungnya,
atau mencucukkan kail pada rahangnya?
3 Mungkinkah Lewiatan memohon untuk dilepaskan
atau merayu kepadamu, minta belas kasihan?
4 Mungkinkah Lewiatan membuat persetujuan dengan engkau,
dan berjanji melayan engkau selalu?
5 Mungkinkah engkau mengikat Lewiatan seperti burung kesayangan,
yang menghiburkan hamba-hamba perempuan?
6 Mungkinkah nelayan memperdagangkannya,
atau saudagar membahagi-bahagikannya antara mereka?
7 Dapatkah engkau menusuk kulitnya dengan serampang,
ataupun menikam kepalanya dengan tempuling?
8 Sentuhlah Lewiatan sekali sahaja dan engkau tidak akan mencuba lagi;
engkau tidak akan melupakan perlawanan itu!
9 Sesiapa yang melihat Lewiatan
akan kehilangan semangat dan pengsan.
10 Lewiatan garang apabila dibangunkan daripada tidurnya;
tiada seorang pun berani berdiri di hadapannya.
11 Siapakah yang dapat menyerangnya tanpa mendapat luka?
Tiada sesiapa pun di bumi dapat melakukannya. +
12 Aku akan memberitahu engkau tentang kaki makhluk raksasa itu,
dan tentang kekuatannya dan bentuk badannya yang tampan itu.
13 Tiada sesiapa yang dapat mengoyakkan baju luarnya,
atau menembusi baju zirahb yang dipakainya.
14 Siapakah yang dapat membuka muncungnya yang kuat,
yang mempunyai gigi yang dahsyat?
15 Belakangnyac seperti perisai yang tersusun,
yang terlekat rapat dan keras seperti batu.
16 Tindih-menindih, terikat erat
sehingga angin pun tidak dapat masuk meresap.
17 Semuanya terlekat dengan sempurna
sehingga tidak dapat dipisahkan.
18 Cahaya berkilau apabila Lewiatan bersin,
dan matanya bersinar seperti matahari yang terbit.
19 Api keluar dari mulutnya,
dan bunga api berterbangan.
20 Asap berkepul-kepul keluar dari hidungnya,
seperti periuk yang dipanaskan sehingga isinya mendidih.
21 Nafasnya menyalakan bara;
api keluar dari mulutnya.
22 Lehernya sangat kuat,
sehingga orang yang menemuinya takut.
23 Tiada bahagian yang lemah pada kulitnya;
kulitnya keras dan tidak mungkin pecah.
24 Hatinya seteguh batu, tidak kenal ketakutan,
dan keras seperti batu kisaran.
25 Apabila Lewiatan bangun, orang terkuatd pun hilang keberanian;
mereka tidak berdaya kerana sangat ketakutan.
26 Tiada pedang yang dapat mencederakannya;
tiada tombak, panah, atau lembing dapat melukakannya.
27 Besi dianggapnya seperti jerami,
dan gangsa seperti kayu reput.
28 Tiada panah yang dapat membuatnya lari;
batu yang dilemparkan kepadanya, seperti serpihan jerami.
29 Belantan dianggapnya seperti rumput kering,
dan Lewiatan tertawa apabila orang melemparkan lembing.
30 Sisik pada perutnya seperti tembikar yang kasar dan tajam,
seperti alat pengirik yang mengorek lumpur.e
31 Laut dikacaunya sehingga menyerupai air mendidih,
dan seperti minyak yang berbuih-buih di dalam periuk.
32 Ditinggalkannya jejak yang bercahaya,
laut diubahnya menjadi buih yang putih warnanya.
33 Di atas bumi, Lewiatan tiada bandingan;
itulah makhluk yang tidak kenal takut.
34 Binatang yang paling sombong pun dipandangnya hina;
antara semua binatang buas, Lewiatanlah raja.”
a 41:1 Lewiatan: Lihat 3.8.
+ 41:1 Mzm 74.14, 104.26; Yes 27.1
+ 41:11 Rm 11.35
b 41:13 Sebuah terjemahan kuno: baju zirah; Naskhah Ibrani: kekang.
c 41:15 Beberapa buah terjemahan kuno: belakangnya; Naskhah Ibrani: kebanggaannya.
d 41:25 orang terkuat; atau dewa-dewa.
e 41:30 alat pengirik: Alat ini mempunyai benda-benda tajam daripada besi atau batu yang dipasang dibawahnya.