Miryam Dihukum
12
1 Musa telah berkahwin dengan seorang perempuan Kus.h Oleh itu Miryam dan Harun menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk mencela Musa.
2 Mereka berkata, “Adakah TUHAN berfirman melaluii Musa sahaja? Tidakkah TUHAN berfirman melaluij kita juga?” TUHAN mendengar kata-kata mereka itu.
3 Musa seorang yang rendah hati, lebih rendah hati daripada sesiapa pun di bumi.
4 Tiba-tiba TUHAN berfirman kepada Musa, Harun, dan Miryam, “Aku mahu kamu bertiga pergi ke Khemah-Ku.” Mereka pun pergi,
5 lalu TUHAN turun di dalam tiang awan dan berdiri di pintu Khemah TUHAN, serta berseru, “Harun! Miryam!” Kedua-dua mereka maju,
6 lalu TUHAN berfirman, “Dengarlah firman-Ku ini. Apabila ada nabi-nabi di kalangan kamu, Aku menyatakan diri kepada mereka dalam penglihatan dan Aku berfirman kepada mereka dalam mimpi.
7 Tetapi tidak demikian dengan hamba-Ku Musa; Aku sudah menjadikan dia pemimpin segenap umat-Ku Israel.k +
8 Oleh itu Aku berfirman kepadanya berhadapan muka, secara jelas dan bukan dengan teka-teki; bahkan rupa-Ku pun sudah dilihatnya. Mengapa kamu berani melawan Musa, hamba-Ku?”
9 TUHAN murka kepada Harun dan Miryam; oleh itu, ketika TUHAN pergi
10 dan awan itu meninggalkan Khemah, tiba-tiba kulit Miryam kena penyakit kulit yang mengerikan. Kulitnya menjadi putih seperti salji. Apabila Harun nampak bahawa Miryam telah kena penyakit itu,
11 Harun berkata kepada Musa, “Tolonglah tuan, janganlah biar kami diseksa kerana dosa yang kami lakukan dalam kebodohan kami.
12 Janganlah biarkan dia menjadi seperti bayi yang lahir mati, dengan dagingnya setengah busuk.”
13 Maka Musa berseru kepada TUHAN, “Ya Allah, sembuhkanlah dia!”
14 TUHAN menjawab, “Andaikata bapanya meludahi mukanya, dia mesti menanggung malu selama tujuh hari. Oleh itu keluarkanlah dia dari perkhemahan selama tujuh hari. Selepas itu, dia boleh dibawa masuk semula.” +
15 Miryam dikeluarkan dari perkhemahan selama tujuh hari, dan umat Israel tidak memindahkan perkhemahan sehingga Miryam dibawa masuk semula.
16 Kemudian mereka meninggalkan Hazerot, lalu berkhemah di padang gurun Paran.