11
Keyakinan terhadap TUHAN 
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. 
Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. 
Tidak ada gunanya berkata kepadaku, 
“Terbanglah seperti burung ke gunung,g 
2 kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur, 
dan memasang anak panah untuk memanah orang baik. 
3 Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik 
apabila tata tertib masyarakat musnah.” 
4 TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci; 
Dia mempunyai takhta di syurga. 
Dia memperhatikan semua manusia 
dan mengetahui segala perbuatan mereka. 
5 Dia menguji orang baik dan orang jahat; 
Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan. 
6 Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, 
dengan arangh berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan. 
7 TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; 
orang jujur akan melihat dan mengenal Dia. 
