123
Doa Minta Belas Kasihan 
1 Lagu ziarah. 
Aku memandang ke syurga, tempat Engkau bersemayam; 
aku berdoa kepada-Mu, ya TUHAN. 
2 Seperti seorang hamba bergantung kepada tuannya, 
dan seorang hamba perempuan kepada puannya, 
demikian juga kami berharap kepada-Mu, ya TUHAN, Allah kami, 
sehingga Engkau mengasihani kami. 
3 Kasihanilah kami, ya TUHAN, kasihanilah kami, 
kerana kami sudah terlalu banyak dihina. 
4 Sudah terlalu lama kami diejek oleh orang kaya, 
dan dikeji oleh penindas yang sombong. 
