126
Doa Minta Pemulihan 
1 Lagu ziarah. 
Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,r 
kita seperti bermimpi! 
2 Kita tertawa dan menyanyi kerana gembira! 
Lalu bangsa-bangsa lain berkata tentang kita, 
“TUHAN telah melakukan perkara-perkara hebat untuk mereka.” 
3 Memang TUHAN telah melakukan perkara-perkara yang hebat untuk kita; 
itulah sebabnya kita bersukacita! 
4 Ya TUHAN, jadikanlah kami makmur semula,s 
seperti sungai kering berair semula pada musim hujan. 
5 Semoga orang yang menabur benih sambil menangis, 
dapat menuai hasilnya sambil bergembira! 
6 Orang yang menabur benih sambil mencucurkan air mata, 
akan pulang membawa hasil tanaman sambil menyanyi dengan gembira. 
