127
Memuji Kebaikan Allah 
1 Lagu ziarah oleh Raja Salomo. 
Jika bukan TUHAN yang mendirikan rumah, 
sia-sialah usaha orang yang mendirikannya; 
jika bukan TUHAN yang melindungi kota, 
sia-sialah usaha orang yang mengawalnya. 
2 Sia-sia sahaja bangun pagi-pagi dan tidur larut malam, 
bekerja keras mencari nafkah, 
kerana TUHAN memberikan segalanya kepada orang yang dikasihi-Nya, 
sementara mereka sedang tidur. 
3 Anak-anak adalah anugerah TUHAN; 
mereka adalah berkat-Nya. 
4 Anak-anak lelaki yang diperoleh seorang bapa pada waktu mudanya, 
adalah seperti anak panah di tangan seorang askar. 
5 Berbahagialah orang yang mempunyai banyak anak panah yang sedemikian. 
Dia tidak sekali-kali akan dikalahkan 
ketika menghadapi musuh di tempat pengadilan. 
