14
Kejahatan Manusia 
(Mzm 53) 
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. 
Orang bodoh berkata dalam hati, 
“Tidak ada Allah.” 
Mereka semua jahat dan perbuatan mereka keji; 
tidak seorang pun melakukan yang baik. 
2 Dari syurga TUHAN memandang umat manusia 
untuk mencari orang yang bijak, 
orang yang menyembah Dia. 
3 Tetapi semua orang sudah menyimpang dan sesat, 
tiada seorang pun melakukan yang baik. + 
4 TUHAN bertanya, “Tidakkah semua orang jahat ini tahu? 
Mereka hidup dengan merompak umat-Ku, 
dan tidak pernah berdoa kepada-Ku.” 
5 Orang jahat akan ketakutan, 
kerana Allah menolong orang yang taat kepada-Nya. 
6 Orang jahat merintangi hasrat orang miskin, 
tetapi orang miskin dilindungi TUHAN. 
7 Semoga penyelamatan bagi Israel 
datang dari Sion! 
Apabila TUHAN menjadikan umat-Nya makmur semula, 
semua orang Israel akan bersukacita. 
+ 14:3  Rm 3.10-12
