13
Doa Minta Tolong 
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. 
2 Berapa lamakah Engkau akan melupakan aku, ya TUHAN? 
Berapa lamakah Engkau akan bersembunyi daripadaku? 
3 Berapa lamakah aku mesti menanggung kesusahan 
dan berdukacita siang malam? 
Berapa lamakah musuhku 
akan menguasai aku? 
4 Pandanglah aku, ya TUHAN, Allahku, dan jawablah doaku. 
Pulihkanlah tenagaku; jangan biarkan aku mati. 
5 Jangan biarkan musuhku berkata bahawa mereka telah mengalahkan aku. 
Jangan biarkan mereka bergembira kerana kejatuhanku. 
6 Tetapi aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; 
aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku. 
Aku akan menyanyi untuk TUHAN, 
kerana Dia telah berbuat baik kepadaku. 
