150
Pujilah TUHAN! 
1 Pujilah TUHAN! 
Pujilah Allah di Rumah-Nya! 
Pujilah kekuatan-Nya di angkasa-Nya! 
2 Pujilah Dia kerana perbuatan-Nya yang perkasa! 
Pujilah keagungan-Nya! 
3 Pujilah Dia dengan trompet! 
Pujilah Dia dengan gambus dan kecapi! 
4 Pujilah Dia dengan tamburin dan tarian! 
Pujilah Dia dengan kecapi dan seruling! 
5 Pujilah Dia dengan simbal kecil yang berdenting! 
Pujilah Dia dengan simbal besar yang berdentang! 
6 Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup! 
Pujilah TUHAN! 
