4
Doa Petang untuk Minta Tolong 
1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Mazmur Daud. 
2 Jawablah apabila aku berseru, 
ya Allah, Pembelaku! 
Ketika aku susah dahulu, 
Engkau datang menolong aku. 
Sekarang kasihanilah aku, 
dan dengarlah doaku! 
3 Hai manusia, berapa lamakah 
kamu akan menghina aku? 
Berapa lama lagi kamu akan mencintai yang tidak berguna itu, 
dan mengejar yang palsu? 
4 Ingatlah bahawa TUHAN telah memilih orang yang taat kepada-Nya sebagai milik-Nya, 
dan Dia mendengar ketika aku berseru kepada-Nya. 
5 Ketika kamu marah, 
jangan berdosa. 
Renungkanlah hal itu sambil berdiam diri, 
sewaktu kamu berbaring di tempat tidur. + 
6 Persembahkanlah korban yang benar 
dan percayalah kepada TUHAN. 
7 Banyak orang berdoa, 
“Berilah kami berkat yang lebih, ya TUHAN. 
Semoga Engkau berkenan kepada kami.” 
8 Engkau membuat hatiku lebih girang 
daripada orang yang kelimpahan makanan dan minuman. 
9 Maka aku berbaring dan tidur dengan tenteram; 
Engkau sahaja, ya TUHAN, yang memelihara aku dengan aman. 
+ 4:5  Ef 4.26
