6
Doa Minta Tolong 
1 Untuk pemimpin koir. Dengan iringan kecapi. Menurut lagu yang kelapan. Mazmur Daud. 
2 Ya TUHAN, janganlah marah aku ketika Engkau murka! 
Janganlah hukum aku ketika Engkau marah! + 
3 Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku penat; 
pulihkanlah aku kerana aku sungguh letih. 
4 Hatiku resah gelisah. 
Sampai bilakah Engkau tinggalkan aku, ya TUHAN? 
5 TUHAN, datanglah dan selamatkanlah aku, 
selamatkanlah aku daripada maut demi kasih-Mu. 
6 Di alam maut Engkau tidak diingat lagi; 
tiada sesiapa pun memuji Engkau di dunia orang mati. 
7 Aku tidak bermaya kerana dilanda kesedihan; 
setiap malam tempat tidurku dibasahi tangisan; 
bantalku dibasahi air mata. 
8 Mataku rabun dan bengkak kerana terlalu banyak menangis, 
semua itu disebabkan oleh musuh-musuhku. 
9 Nyahlah, hai orang jahat! 
TUHAN mendengar tangisanku; + 
10 Dia mendengar permohonanku, 
dan mengabulkan doaku. 
11 Semua musuhku akan cemas dan malu 
dan segera mundur dengan tersipu-sipu. 
