70
Doa Minta Tolong 
(Mzm 40.14-18) 
1 Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan. 
2 Ya Allah, selamatkanlah aku! 
TUHAN, cepatlah tolong aku! 
3 Biarlah mereka yang cuba membunuh aku 
dikalahkan dan dibingungkan. 
Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku 
dipukul mundur dan dipermalukan. 
4 Biarlah mereka yang mengejek aku 
terkejut dan malu kerana dikalahkan. 
5 Semoga semua orang yang datang kepada-Mu 
bergembira dan bersukacita. 
Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu 
sentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!” 
6 Aku miskin dan lemah; 
datanglah segera kepadaku, ya Allah. 
Engkaulah penolongku dan penyelamatku, 
janganlah berlengah, ya TUHAN! 
