82
Allah Raja yang Agung 
1 Mazmur Asaf. 
Allah mengetuai sidang di syurga; 
di hadapan makhluk-makhluk syurga Dia memberikan keputusan-Nya, 
2 “Jangan hakimi orang dengan tidak adil, 
dan jangan berpihak kepada orang jahat. 
3 Belalah hak anak yatim dan orang lemah; 
bersikap adillah kepada orang miskin dan yang tidak berdaya. 
4 Selamatkanlah mereka daripada kuasa orang jahat. 
5 Betapa jahilnya kamu, betapa bodohnya kamu! 
Kerana kamu tidak berakhlak, keadilan lenyap dari bumi ini. 
6 Aku berkata bahawa kamu ilahi, 
bahawa kamu semua anak Yang Maha Tinggi. + 
7 Namun kamu akan mati seperti manusia; 
nyawa kamu akan berakhir seperti nyawa seorang penguasa.” 
8 Datanglah, ya Allah, dan hakimilah dunia; 
semua bangsa kepunyaan-Mu. 
+ 82:6  Yoh 10.34
