87
Pujian bagi Yerusalem 
1 Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. 
TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci;g 
2 Dia lebih mengasihi kota Yerusalem 
daripada tempat lain di Israel. 
3 Dengarlah, hai kota Allah, 
hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu: 
4 “Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, 
Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; 
bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia,h 
akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.” 
5 Tentang Sion, akan dikatakan 
bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, 
dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya. 
6 TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, 
dalam senarai penduduk Yerusalem. 
7 Mereka akan menari dan menyanyi, 
“Sionlah sumber segala berkat kami.” 
