142
Doa Minta Tolong 
1 Sajak Daud, ketika dia berada di dalam gua. + 
2 Aku berseru kepada TUHAN, 
aku merayu kepada-Nya meminta bantuan. 
3 Aku mengemukakan segala aduanku kepada-Nya; 
aku memberitahukan segala kesusahanku kepada-Nya. 
4 Apabila aku putus asa, 
Dia tahu apa yang harus aku lakukan. 
Di jalan yang harus aku tempuh, 
musuhku telah memasang perangkap untukku. 
5 Aku melihat ke sampingku, 
tiada sesiapa pun yang dapat menolong aku; 
tiada seorang pun yang melindungi aku. 
Tiada seorang pun yang mempedulikan aku. 
6 Ya TUHAN, aku berseru minta tolong kepada-Mu, 
Engkaulah pelindungku, 
Engkau sahaja yang aku perlukan dalam hidup ini. 
7 Dengarlah seruanku minta tolong, 
kerana aku tidak berdaya. 
Selamatkanlah aku daripada musuhku; 
mereka terlalu kuat bagiku. 
8 Lepaskanlah aku daripada kesusahan,z 
maka dalam perhimpunan umat-Mu, aku akan memuji-Mu, 
kerana Engkau telah berbuat baik kepadaku. 
