62
Keyakinan akan Perlindungan Allah 
1 Untuk pemimpin koir. Menurut: Yedutun. Mazmur Daud. 
2 Dengan tenang aku menantikan Allah; 
Dia sahaja yang menyelamatkan aku. 
3 Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku; 
Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan. 
4 Sampai bilakah kamu semua akan menyerang seorang 
yang lemah seperti pagar yang hampir roboh, 
dan seperti dinding yang miring? 
5 Kamu hanya ingin menjatuhkan dia dari tempat kehormatannya; 
kamu suka berdusta. 
Dengan mulut, kamu memberkati, 
tetapi kamu mengutuk dalam hati. 
6 Dengan tenang aku menantikan Allah; 
Dia sahaja yang memberi aku harapan. 
7 Hanya Dia pelindungku dan penyelamatku; 
Dialah pembelaku, dan aku tidak akan dikalahkan. 
8 Penyelamatanku dan kehormatanku bergantung kepada Allah; 
Dialah pelindungku yang kuat; 
Dialah tempat perlindunganku. 
9 Hai bangsaku, percayalah kepada Allah setiap masa. 
Beritahukanlah segala kesusahan kamu kepada-Nya, 
kerana Dialah penaung kita. 
10 Manusia hanya seperti hembusan nafas; 
besar atau kecil sama-sama tidak berharga. 
Kalau ditimbang, mereka ternyata ringan, 
lebih ringan daripada sehembus nafas. 
11 Jangan bergantung kepada hasil pemerasan; 
jangan harapkan keuntungan daripada rompakan; 
walaupan kekayaan kamu bertambah, 
jangan bergantung kepadanya. 
12 Beberapa kali aku telah mendengar Allah berfirman 
bahawa kuasa berasal daripada-Nya, 
13 dan bahawa kasih-Nya kekal. 
Engkau, ya Tuhan, membalas semua orang menurut perbuatan mereka. + 
+ 62:13  Ayb 34.11; Yer 17.10; Mat 16.27; Rm 2.6; Why 2.23
